Thursday 19 May 2011

UMNO DALANGI NOTIS BUBAR PKR KATA ANWAR






KUALA LUMPUR 19 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cubaan mengharamkan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah usaha terbaru yang didalangi UMNO untuk terus mendera rakyat."Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat," kata Anwar ketika menjawab soalan pelayar Internet menerusi program "Question time' anjuran Yahoo Malaysia pagi tadi.

Dalam wawancara itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan Perkasa untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia.

 
Anwar juga berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk membawa pembahruan politik yang didahagakan oleh rakyat.
Pendaftar Pertubuhan menghantar notis kepada PKR, memberitahu parti itu akan dibatalkan pendaftarannya kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.
 
Menurut ROS, pendaftaran PKR akan dibatalkan mulai 9 Jun jika parti itu tidak memberikan alasan yang munasabah kepada badan itu.
 
Bagaimanapun Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan ROS menghantar notis itu berasaskan peruntukan perlembagaan parti yang direkayasa dan maklumat salah.
 
ROS mendakwa tindakan memecat Rajagopal a/l Andaikkalam bercanggah dengan peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR.
 
Saifuddin berkata peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti. Yang ada cuma fasal 32 “yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin”.
 
Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud. Yang dipecat adalah A.Rajagopal yang disingkir pada 27 April 2009 oleh MPP kerana bertanding sebagai calon bebas, pada pilihanraya kecil Bukit Selambau Kedah.  
 
Sesi bersama Anwar yang dikendalikan Editor Yahoo News Malaysia itu mendapat sambutan hangat daripada warga Internet sehingga terpaksa dilanjutkan 15 minit lebih daripada sejam yang dijadualkan.
 
Anwar menjawab soalan yang kebanyakan berkisar kepada kemelut politik negara dan harapan rakyat terhadap situasi politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.
 
Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telahpun bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal dilakukan UMNO.
 
"Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat!," kata Anwar.
 
Menurut Anwar, politik perkauman UMNO sudah tidak lagi relevan dalam kancah politik negara.
 
Malah menjawab pertanyaan,  Anwar menyatakan beliau tidak akan menyertai UMNO kembali walau ditawarkan jawatan Perdana Menteri.
 
"Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah," kata beliau.

"Adalah amat dikesali pemimpin parti itu sekarang menggunakan taktik kotor politik dan pornografi. Saya dianggap membahaya kerana komitment saya kepada reformasi dan membanteras rasuah serta kronisme," tambah beliau.
 
Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja UMNO dan Perkasa.
 
"(Perkasa) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat UMNO untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum.
 
"Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya UMNO dan Perkasa terdesak mengguna isu perkauman," tegas Anwar.
 
Dalam wawancara maya itu, Anwar turut mengiktiraf sokongan sahabat yang masih setia kepada perjuangan beliau untuk mengubah Malaysia
 
"Sahabat setia dan saya terharu. Teman-teman lama ini berjuang kerana yakin dengan prinsip. Ini berbeda dengan juak-juak baru yang menuntut saham dan dana. Jazakumullah khairan kepada sahabat-sahabat setia," kata Anwar.


SUMBER TVS

1 comment: