Saturday, 9 April 2011

PETUGAS PAS JOHOR DIHALAU DAN PETUGAS PAHANG MENGHADAPI SAMSENG

Rumah sewa pertama yang didiami oleh petugas Pas Johor
Setelah penamaan calon pada paginya dan disebelah malamnya petugas upu kampung tanah hitam  menganjurkan ceramah kelompak dirumah sewa petugas Johor.Antara perceramah adalah Calon sendiri dan Dr Hatta Ramli Bendahari agung pas pusat.
Ceramah malam itu mendapat sambutan daripada penduduk sekitar kampung, mereka ingin mendengar penerangan daripada pemimpin Pas.
Keesokan harinya azab bermula,kami dimaklumkan oleh tuan rumah bahawa beliau mendapat ugutan melampau daripada pihak tetentu membuatkan beliau terpaksa meminta kami berpindah pada petang itu juga.kami berbincang supaya kami dibenarkan tinggal dan kami tidak akan menganjurkan ceramah dan akan menurunkan semua bendera yang dipasang disekeiling rumah.sebenarnya tuan rumah itu adalah penyokong kuat PAS tetapi atas ugutan beliau pun mengalah.pada awalnya beliaulah yang sukarela untuk menyewakan rumahnya untuk kami.
Rumah yang kedua disewa
Kami terpaksa akur dengan keputusannya.kami dengan bantuan pertugas tempatan pada petang itu mengelilingi seluruh kampung untuk mencari kalau-kalau ada rumah yang boleh kami sewa.Akhirnya kami dapat juga penempatan untuk kami dan muslimat.kami pindah hampir pukul 6 petang dan kami jangkakan bahawa mungkin inilah rumah kami sampai kami selesai bertugas.
Sangkakan Panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari.pada malam itu setelah balik dari ceramah di rumah panjang kampung siru kami mendapat panggilan telepon daripada tuan rumah meminta kami keluar keesokkan harinya kerana ia mendakwa bahawa beliau turun diugut oleh pihak yang sama dan tidak sanggup untuk menghadapi risiko.
Rumah ketiga disewa,yang ini sampai bila boleh bertahan?
Sekali lagi kami menghadapi masalah.gerakkerja pilihanraya sudahlah tertangguh kerana masalah ini. gerakkerja kami hampir lumpuh keseluruhannya.kami turun lagi mencari penempatan sebelum kami berpindah tengahari. akhirnya dengan berkat kesabaran kami dapat juga penempatan baru tetapi terpaksa berpisah dengan muslimat.Muslimat menyewa dikawasan lain, jaraknya jauh daripada kami.Apa boleh buat sudah nasib badan.
Rumah yang baru disewa ini MIAKBAIT katakan kepada sahabat jangan buka dulu segala peralatan yang dibawa pindah tadi takut-takut malam ini disuruh pindah lagi.
Apa yang kami lalui tidak sehebat apa yang upu negeri pahang hadapi,markaz upu negeri pahang terletak di pekan lundu berhadapan dengan perhentian bas.Mereka telah didatangi oleh sekumpulan samseng cina untuk meminta wang perlindungan.Mereka menghubungi Polis bila pihak polis sampai samseng masih berada disitu dan tidak berganjak.mereka tetap minta wang perlindungan walaupun kehadiran polis disitu.polis tak boleh buat apa....kesian polis malaysia.


MIAKBAIT dan sahabat-sahabat muslimin kalau tidak ada rumah boleh tidur dimana-mana, apa yang kami risaukan adalah muslimat-muslimat yang bertugas bersama kami.satu perkara yang pasti, ialah gerakkerja culaan yang kami lakukan dan ceramah yang kami anjurkan berkesan hingga menyebabkan PBB BN cemas di Dun Tanjung datu.

No comments:

Post a Comment