Saturday, 9 April 2011

CERAMAH CALON PAS DUN TANJUNG DATU DI RUMAH PANJANG KAMPUNG SIRU SEMATAN
















Ceramah di rumah apai kerani semalam untuk sekitar penduduk kpg siru dan rumah panjang kpg siru berdekatan dengan kampung pueh mendapat sambutan yang mengalakkan.Rata-rata kaum Iban yang datang bukan sembarangan.kebanyakkan mereka pernah berkerja di semenanjung dan  Singapura.Yang hadir juga Masyarakat Iban dari salako iaitu kaum Iban dari Indonesia.Masyarakat Iban inilah satu ketika dahulu membantu Malayu melawan dengan komunis seperti yang dicerita oleh Pak Razak orang kuat pas disini.
Ceramah malam tadi juga calon dun tanjung datu Puan Nani bte Sahari meminta agar mengundi calon pas untuk membuat perubahan demi masa depan anak-anak dan cucu-cicit mereka.Masyarakat Iban ini nampak bersemangat apabila selepas ceramah itu mereka mengatakan sokongan mereka terhadap pakatan rakyat untuk mengubah nasib mereka.
 Banyak isu-isu rumah panjang dan kebajikan masyarakat Iban setempat telah  dibincangkan selepas ceramah yang sehingga kini isu-isu tersebut belum dapat diselesaikan oleh kerajaan PBB BN.bagi pengamatan MIAKBAIT masyarakat Iban ini semacam nak perubahan dari segi kepimpinan negeri mahupun kampung.kata mereka rumah panjang mereka pernah diubahsuai oleh kerajaan dan pembinaannya setakat simen dilantai.sahaja.pintu dan dinding pun tak ada..apabila mereka minta perjelasan daripada kerajaan mereka kata tak ada budget.tinggallah rumah mereka ini tanpa pintu dan dinding.MIAKBAIT merasakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawap dan perbuatan kianat terhadap masyarakat Iban.
 Mereka berkata semenjak menjadi Wakil rakyat  PBB BN Adenan Satem tidak pernah langsung beliau singgah atau menjenguk kami untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Masyarakat Iban disini.
Masyarakat Iban mula berkata 'KAMI MAOK PERUBAHAN'perubahan itu adalah untuk PAS PAKATAN RAKYAT.

No comments:

Post a Comment