Semasa berkempen semalam calon Dun N03 Tanjung Datu ini mengambil kesempatan melawat keluarga En.Kamil bin Marani seorang nelayan di kampung terusan jaya yang menpunyai dua orang anak yang cacat(oku).
Anak sulung En.Kamil Mohd Shafik |
Beliau boleh berkomunikasi seperti insan normal |
Puan Nani (calon dun tanjung datu) memberi ciuman kepada adik Norsyaidatul |
Anak kedua Norsyaidatul shida |
Semasa kami melawat rumah En.kamil hanya isterinya yang berada di rumah bersama anak-anaknya.Anak sulung bernama Mohd Shafik berusia 21 tahun cacat anggota badan di mana badannya semakin mengecut.Anak kedua Norsyaidatul shida juga mengalami penyakit yang serupa.Mengikut daripada cerita ibunya Puan Zaharah Jemat,penyakit Norsyaidatul ini bermula sejak beliau di darjah 6, mulanya demam panas dan kerap pengsan untuk beberapa hari hingga menyebabkan tidak boleh bercakap dan berjalan.
Apabila ditanya adakah mereka mendapat bantuan daripada agency yang berkaitan.Puan zaharah berkata hanya ada orang datang untuk mengambil maklumat sahaja tapi itu 8 tahun dahulu sehingga sekarang beliau masih tidak mendapat bantuan untuk kedua-dua anak walaupun ada membuat memohon melalui ketua kampung dan pemancar.
Sejak berpuluh tahun inilah masalah rakyat sarawak yang semakin lama terhimpit dengan kemiskinan yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri apahal pemimpin mereka hidup bagaikan raja dengan kesenangan,kemewahan yang rakyat bawahan tidak mampu untuk bayangkan.Harapan agar pilihanraya sarawak akan menunjukkan jalan keluar buat PBB dan BN amnya.
No comments:
Post a Comment