Golongan peniaga di Bintulu sedang menunggu peluang untuk mendapatkan suatu kawasan yang amat luas ti tengah-tengah daerah itu yang sedang digunakan sebagai tapak lapangan terbang lama.
Kawasan berkenaan adalah tanah awam, dan perlepasan tanah itu adalah di bawah kawalan Ketua Menteri, selaku Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber, dan juga selaku Menteri Kewangan, seorang yang berdominasi dalam daerah kelahirannya, Bintulu.
Di bawah pentadbiran yang jujur dan telus, tanah yang bernilai tinggi sudah pastinya akan dilelong secara terbuka dan syarat-syaratnya akan dikepilkan untuk manfaat komuniti yang lebih luas.
Namun, kenyataan yang menyedihkan, walaupun kurang mengejutkan para pembaca Sarawak Report, kami telah menerima suatu maklumat bahawa Ketua Menteri telah menyerahkan keseluruhan kawasan tersebut kepada salah sebuah syarikat kegemarannya, yang juga milik keluarganya, Naim Candera.
Diserahkan suatu penama pada harga yang paling nominal!
Siasatan pihak kami di Pejabat Pendaftar Tanah di Bintulu telah membuktikan bahawa kawasan tanah perdana yang amat luas itu, dua plot masing-masingnya 11,852 dan 2,841 hektar, telah diserahkan secara senyap-senyap kepada Naim Candera pada bulan November 2008.
Sewa tanah bagi kawasan-kawasan berkenaan adalah masing-masingnya serendah RM88,890 dan RM3,409 setahun (tanpa sebarang keperluan untuk meletakkannya pada geran berpegangan sehingga 60 tahun).
Nilai premium sekecil RM4 juta semasa urusan jual-beli dilaksanakan dan didaftarkan akan memudahkan Naim Candera memperolehi keuntungan sehingga beratus-juta ringgit.
Sumber maklumat dalaman kepada Sarawak Report menyatakan bahawa semasa rundingan berahsia dijalankan, suatu keputusan pintar telah dicapai di mana sebatang landasan terbang, tanah milik kerajaan persekutuan, telah dirancang untuk ditukar menjadi dwi-laluan untuk ke pusat berkenaan.
Dengan cara ini pembayaran premium telah berjaya dielakkan, dengan mengabaikan nilai sebenar kawasan luas di sekelilingnya. Kedua-dua plot yang ditetapkan dalam dokumen-dokumen perancangan itu adalah untuk tujuan komersial dan kawasan kediaman, dan kedua-duanya telah diserahkan kepada Naim Candera.
Bekas perancang-bandar dan juga selaku ahli dalam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) (dan sehingga baru-baru ini, seorang pengarah kepada Naim Candera) Sylvester Ajah Subah mengatakan bahawa dia mengetahui bagaimana kaedah itu dijalankan, maka sebab itulah dia kini berkempen sebagai calon pembangkang PKR (dalam PR) di kawasan pilihanraya yang berhampiran dengan daerah Dalat dalam bahagian Mukah. Dia juga memberitahu kami, bahawa ketelusan dalam sistem berkenaan memang tidak wujud sama sekali:
“Orang lain pun berminat juga pada tanah itu. Tetapi, ianya mudah, kerajaan ada pembangun yang digemarinya, iaitu seorang yang disukai oleh Ketua Menteri. Pembangun tersebut adalah sebuah syarikat yang sangat rapat dengan Ketua Menteri sendiri”
Orang-orang yang digemari Taib
Hamid Sepawi adalah seorang yang amat rapat dengan Ketua Menteri, yang sebenarnya bersepupu dengannya, yang bekerjasama dengan Hasmi bin Hasnan yang mengendalikan pelbagai perniagaan berkaitan binaan, badan-badan awam dan perladangan di seluruh Sarawak.
Kedua-dua orang itu yang menjadi anggota-anggota tertinggi dalam lembaga-lembaga pengarah, dan di kalangan mereka, mereka memiliki lebih separuh saham-saham dalam syarikat yang seharusnya pegangan awam, Naim Candera!
Kedua-dua mereka juga telah disenaraikan di kalangan 30 orang yang terkaya di Malaysia, berdasarkan pegangan yang besar dalam syarikat-syarikat yang mereka uruskan. Namun kekayaan mereka boleh dikatakan sebagai datangnya dari kontrak-kontrak dan konsesi-konsesi yang sering mereka terima daripada Taib.
Kebanyakan pemberi maklumat dalaman dari Sarawak akan mengatakan kedua-dua orang itu bertindak selaku proksi dan penama kepada Taib – tempat Taib menyembunyikan kepentingan perniagaannya. Kedua-dua mereka telah diketahui asal-usul dan latarbelakangnya. Mereka bukanlah sesiapa sebelum Taib menjadi menteri, tetapi setelah itu, kehidupan mereka bagaikan suatu keajaiban!
Kita perhatikan Hasmi bin Hasnan. Curriculum vitae-nya dalam Sarawak Plantation (sebuah usahasama yang memperolehi faedah dari pengambilan lebih dari 50,000 hektar tanah-tanah ladang Negeri yang dicadangkan untuk diswastakan oleh Taib) menjelaskan bahawa Hasmi, 54 tahun, adalah hanya seorang pegawai penilai dalam Jabatan Tanah dan Survei, sehingga Taib mula menjadi menteri dalam tahun 1981 dan menjadikan jabatan itu sebagai suatu jabatan yang amat penting untuk mengambil tanah-tanah di Sarawak.
“Dia memulakan kariernya sebagai seorang penilai dalam tahun 1979 dalam Jabatan Tanah dan Ukur di Sarawak. Sejak 1982 dia telah terlibat dengan pelbagai perniagaan, termasuk penilaian, pengurusan projek-projek, pembangunan dan pengurusan hartanah, pembinaan dan penerbitan. Dia pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi Naim sejak 25 Julai 2003 dan Pengerusi Bukan Eksekutif di Sarawak Plantation Berhad sejak 30 Ogos 2005. Dia juga menjawat beberapa jawatan kepengarahan di syarikat-syarikat yang lain. Dia telah dianugerahkan “Property Man of the Year 2008” oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa di Kuala Lumpur [Laporan Tahunan Sarawak Plantation 2009]
Hasmi bin Hasnan adalah Pengerusi Eksekutif untuk Sarawak Plantation dan, bersama-sama dengan Pengarahnya, Hamid Sepawi, memegang sehingga 30% dari saham-saham dalam syarikat berkenaan yang terdiri dari tanah-tanah yang dahulunya milik Negeri di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak.
Hamid bin Sepawi, 60 tahun, juga amat sibuk dengan jawatan-jawatan awam dan peribadinya:
“Dia adalah pelabur penting dan utama dalam banyak syarikat perladangan kelapa sawit selama lebih kurang sepuluh tahun, termasuk syarikat-syarikat seperti Ladang Selezu Sdn Bhd, Medan Sepadu Sdn Bhd dan Bustrasemari Sdn Bhd. Dia sangat giat dalam perusahaan pembalakan, hartanah, binaan dan perladangan kelapa sawit. Dia adalah Pengerusi Eksekutif bagi Ta Ann Holdings Bhd sejak 1999, pengerusi dan pemegang saham bagi Naim Holdings Bhd dan Pengerusi Sarawak Energy Bhd (SEB), sebuah syarikat pengeluar tenaga elektrik yang memegang 100% saham di Sarawak – SESCO Bhd” [Laporan Tahunan Sarawak Plantation 2009]
Kedua-dua orang ini telah menikmati manfaat dari lesen-lesen perladangan peribadi mereka yang amat luas, dan Hamid pula dilantik sebagai Pengerusi SESCO, sebuah syarikat awam yang memegang perniagaan monopoli ke atas bekalan tenaga elektrik negeri.
Hamid Sepawi juga adalah pemegang utama saham-saham dalam sebuah lagi syarikat pembalakan dan perladangan yang seharusnya pegangan awam, Ta Ann – dia memegang sepertiga dari kesemua saham dalam syarikat berkenaan, yang pernah mengisytiharkan aset-aset bernilai RM1.5 billion pada tahun lepas dan keuntungan sebanyak RM72 juta. Kami amat pasti bahawa Hamid akan mengenang jasa dan budi baik Taib di atas pelbagai konsesi dan lesen yang diterima oleh Ta Ann menerusi rundingan-rundingan tertutup yang mana Ketua Menteri itu akan menentukan siapa yang sepatutnya menerima apa.
Seseorang mungkin boleh memaafkan dan melupakan kesangian yang mengandaikan bahawa kedua-dua orang berkenaan sebenarnya bertindak bagi pihak Ketua Menteri memegang perolehannya, sebagaimana ditunjukkan oleh bukti-bukti berdokumen yang ditemui oleh Sarawak Report ke atas harta-hartanya di Amerika Utara!
Lagi banyak projek untuk Naim Candera
Ianya bukan berkaitan dengan para usahawan di Bintulu yang kecewa dengan sikap pilih-kasih Ketua Menteri yang gemar melayan Hasmi dan Hamid dalam pemberian kontrak, projek dan konsesi.
Malah di Kuching, kedengaran suara kecewa pada bulan Januari tahun ini apabila sebidang tanah perdana milik kerajaan telah diserahkan kepada Naim Candera untuk pembangunan komersial, sekali lagi apa yang dianggap sebagai di bawah harga pasaran.
Tanah perumahan kerajaan seluas 14 hektar itu telah diserahkan kepada Naim Candera dengan harga RM20 juta sahaja, yang dikatakan oleh kebanyakan usahawan sebagai sebahagian kecil dari harga sebenarnya.
Ini bermakna, bahawa bukan hanya usahawa-usahawan tempat yang telah dipinggirkan (seperti biasa) dari memenangi kontrak-kontrak yang baik, malah kepentingan pembayar cukai di Sarawak juga diabaikan, kerana hanya sedikit sahaja wang yang diraih dari jualan tanah awam. Tetapi, dalam beberapa tahun akan datang, jika BN masih berkuasa, maka keuntungan pastinya akan diraih oleh Naim Candera apabila ia memulakan kerja-kerja di tapak itu.
Sub-kontrak dan Empangan Bengoh
Terdapat begitu banyak keuntungan untuk Naim, walaupun syarikat berkenaan bukan sebenarnya yang akan melaksanakan kesemua kontrak yang mereka terima. Ya, duit yang sangat banyak. Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat suatu cubaan untuk menyelewengkan wang awam oleh keluarga Taib menerusi sub-kontrak ke atas kontrak-kontrak penyerahan Empangan Bengoh kepada Naim Candera dengan harga RM310 juta. Setelah mendapat kontrak tersebut, Hamid Sepawi telah dengan pantas menyerahkan semula secara sub-kontrak kerja-kerja itu kepada Synohydro dengan harga RM140 juta, menyimpan baki RM165 juta wang pembayar cukai, ke dalam saku Taib dan rakan-rakan pemegang sahamnya!
Betapa banyaknya keuntungan untuk keluarga Taib digunakan untuk membayar pampasan kepada orang-orang tempatan yang terlibat dengan empangan berkenaan, yang telah terpaksa berpindah meninggalkan tanah-tanah pusaka mereka sambil memerhatikan wilayah-wilayah mereka dimusnahkan, bertukar menjadi beberapa perspektif!
No comments:
Post a Comment