Sunday 20 March 2011

RAKYAT DIDAHULUKAN DIROMPAK.....





Pas Negeri Johor diketuai oleh Ketua Penerangan Negeri Saudara Mazlan Aliman telah membuat laporan Polis terhadap Adun Machap YB Dato Abdul Hamid Abdul Rahman pada pagi jumaat lepas kerana telah mendapat konsesi mengeluarkan balak di kawasan  yang telah diqazetkan sebagai hutan simpan.
Inilah dia lakonan dan watak sebenar pembela Melayu.Dihadapan Rakyat ingin membela orang melayu,Islam dan negara tapi hakikatnya merompak khazanah negara untuk kekayaan diri sendiri.Harta negara itu adakah hak milik rakyat bukan  UMNO.Harta rakyat yang diambil mesti dipulangkan kembali pada rakyat.

LAPORAN POLIS

Aduan terhadap    1.YB DATO ABDUL HAMID ABDUL RAHMAN
                                ADUN MACHAP
                            2.PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI JOHOR
                            3.PENGARAH JABATAN KEHUTANAN NEGERI JOHOR
                            4.PENGARAH TANAH DAERAH MERSING

Muqaddimah      ; Hutan simpan sembrong tambahan telah diwartakan oleh jabatan perhutanan pada 3 mac                          
                            2005 melalui no warta 362.Terletak di kahang antara dearah kluang dan mersing dengan 
                            kelulusan anggaraan 15,000 ekar.
                               
                                            ADUAN

1.Mengapa syarikat Hamid sawmill Sdn Bhd yang dimiliki YB Dato Abdul Hamid Abdul Rahman ADUN   
   MACHAP mendapatkan konsesi mengeluarkan balak di kawasan yang telah diqazetkan sebagai hutan 
   simpan?
2.Mengapa Hamid Sawmill dibenarkan membuka ladang hutan getah di kawasan hutan simpan sembrong 
   sedangkan telah ada signboard larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal,menebang dan mengambil 
    isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan?
3.Mengapa Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan
   telah ada signboard larangan meneroka tanah dan pertanian?
4.Adakah pejaqbat tanah dan galian negeri johor,jabatan perhutanan negeri johor dan pejabat tanah daerah 
   mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti diatas?

Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi berkaitan.Siasatan dan 
tindakan perlu dibuat segera kerana dakwaaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh yang buruk selaku pemimpin masyarakat.

               

No comments:

Post a Comment