Sunday 20 March 2011

'KATAKAN TIDAK"KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE)

Pas Negeri Johor telah melancarkan kempen Anti Saman Ekor yang dirasmikan oleh Naib Presiden Pas yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa kempen Anti saman Ekor ( KASE) Yb Dato Hj Mahfuz Omar di Simpang Renggam pada 16hb March yang lalu.
Apa yang perlu kita tahu mengenai saman ekor ini adalah saman yang mendera rakyat di mana rakyat disusahkan dan diperahkan wang ringgit untuk saman yang  tidak adil.Apabila Rakyat gagal membayar saman tersebut segala urusan lesen dan insurans kenderaan tidak boleh diperbarui.Satu tindakan mencabul hak asasi rakyat.Tidakkan Kerajaan UMNO BN  merasai betapa kesusahan Rakyat kini dengan kenaikkan harga barang.Sebagai kerajaan memerintah mereka perlu mencari jalan supaya tidak membebankan rakyat.
Apabila sistem  penguatkuasa Automatik (AES) diperkenalkan ia merupakan satu teknologi kamera yang dipasang di jalanraya dan lebuhraya bagi mengambil gambar kenderaan yang memandu melebihi had.Sistem ini akan dikendalikan oleh BETA TEGAP SDN BHD DAN COMERCIAL CIRCLE (M) SDN BHD.Syarikat ini adalah syarikat kroni yang dilantik untuk mengendalikan sistem ini dan mengikut simulasi kewangan  mereka pihak syarikat akan memperolehi 35% pulangan dartipada setiap 5 juta saman yang akan dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65% daripadanya.Syarikat ini akan mendapat untungnya dari saman yang dikeluarkan jadi kerajaan tidak akan mendidik penguna jalan raya akan tetapi mereka akan bagi galakan supaya kena saman kerana tanpa  saman tersebut syarikat tadi tidak akan memperolehi keuntungan.



Syarikat ini adalah syarikat kroni UMNO BN dan yang mendapat kekayaan adalah kroni mereka jadi rakyat dihisap darah,dirompak secara halus demi kekayaan kroni mereka.INGAT....satu saman ekor satu undi protes untuk UMNO...JOM UBAH SELAMATKAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment