Tuesday 29 March 2011

MAHU JANJI MB ATAU MAHU MB TURUN

Penduduk kampung Sri Makmur Plentong meminta supaya kerajaan negeri Johor mengotakan janji dengan memberi hak pemilikan tanah seperti yang dijanjikan hampir 30 tahun lalu.Hampir 200 keluarga masih terpinga-pinga akan status tempat tinggal mereka dan mengharapkan Menteri Besar Dato Abdul Ghani Othman tampil untuk memberi penjelasan.ketua Pemuda UMNO pasir Gudang Rohazam Shah Ahmad  berkata beliau akan tampil untuk memperjuangkan nasib penduduk dan rakyat dan meminta agar MB supaya menyelesaikan isu ini secepat mungkin.


Parlimen Pasir Gudang  mempunyai 17 kampung setinggan diantaranya sebelum ini di bawah parlimen Tebrau yang dijanjikan oleh kerajaan UMNO BN di setiap musim pilihanraya.MIAKBAIT terkenang akan kawan-kawan dan sahabat taulan yang diusir di kampung plentong baru dahulu.Kenapa Ketua pemuda umno pasir gudang  tidak membantu,bersuara dan bersama rakyat apabila penduduk diusir dahulu?kenapa baru sekarang nak bersuara memperjuangkan hampir seluruh setinggan yang kebanyakannya orang melayu yang belum mendapat statue pemilikan.Adakah ini satu agenda politik tertentu?


Kalau kita berfikir secara rasional kenapa ketua pemuda yang bersuara terhadap MB?Kenapa ketua bahagian umno pasir gudang yang juga seorang menteri kabinet yang sudah tentu boleh menyelesaikan isu ini kerana beliau seorang menteri kalau dibandingkan dengan ketua pemuda yang hanya berjawatan ketua pemuda.
Beberapa laporan akhbar sebelum ini MIAKBAIT masih ingat bagaimana ketua pemuda umno rohazam telah mengkritik pembangkang sebagai muka tak malu kerana jikalau umno berjaya menyelesaikan isu ini maka pembangkanglah orang yang pertama akan meminta dahulu dengan muka tak malu.Bukan setakat itu sahaja kritikan beliau,beliau juga mengelarkan pembangkang sebagai munafix dan fasik.kefahaman beliau bahawa umno hanya akan bantu orang yang menyokong umno sahaja bukan pembangkang padahal sebagai pemimpin parti pemerintah beliau seharusnya membantu semua rakyat hatta penyokong pembangkang sekali pun.Beliau apabila mengeluarkan kata-kata tersebut nampak jelas beliau bukan seorang yang cerdik yang boleh memimpin masyarakat.Maksud dan makna sebenar munafix dan fasik masih beliau gagal fahami.lagipun Masalah belum selesai tapi dah keluar kenyataan mengkritik pihak pembangkang.


Nasihat yang boleh MIAKBAIT beri untuk saudara ROHAZAM adalah selesaikan dulu masalah rakyat sebelum menyalak mengkritik pembangkang kerana anda belum ada pencapaian yang boleh menunjukkan anda seorang pemimpin.

No comments:

Post a Comment