Sepatuhnya sekarang bukan masanya lagi untuk mana-mana parti politik yang akan bertanding di Pilihanraya sarawak untuk mula berkempen.dengan apa cara sekali pun.ia akan bermula selepas menamaan calon pada 6hb April nanti.ini adalah akta dibawah SPR dan perlu di patuhi oleh semua parti yang bertanding tak kiralah dari parti pemerintah sekali pun, undang-undang dan arahan SPR perlu dipatuhi.
BN telah mula melanggar arahan tersebut dengan mengerakkan kempen mereka untuk PRU SARAWAK dengan menjadikan TV3 sebagai alat barua mereka seperti lazimnya.Rancangan SAYANG SARAWAK telah ditayangkan secara langsung setiap hari bermula pukul 6 petang.Rancangan ini memaparkan kemajuan sarawak di bawah pemerintahan BN dengan menunjukkan tempat-tempat yang membangun dengan pesat di sarawak dengan wartawannya memuji pemimpin BN sarawak atas usaha membangunkan negeri sarawak yang semakin maju dimata mereka.
Rancangan itu jelas menujukkan ia sudah menjadi bahan kempen BN tapi kenapa SPR membisu,adakah SPR itu takut untuk mengambil tindakan terhadap parti pemerintah atau SPR sendiri seperti sahabat MIAKBAIT kata bahawa SPR adalah parti komponen BN.
No comments:
Post a Comment