Thursday 7 April 2011

PERJALANAN KE UPU KPG TANAH HITAM SEMATAN DUN N.03 TANJUNG DATU


Perhentian bus lundu

Markaz operasi Pilihanraya dun tanjung datu yang diseliakan oleh Pas Pahang teletak dihadapan perhentian bus lundu


Perjalanan menuju ke tempat bertugas di dun tanjung datu merupakan satu perjalanan yang jauh.walaupun MIAKBAIT berasal dari sarawak tetapi tidak pernah MIAKBAIT sampai di kampung tanah hitam sematan daerah lundu ini.MIAKBAIT  menaiki bus ke lundu untuk ke Sematan dan ia adalah satu-satunya kenderaan yang ada untuk ke sana.Perjalanan mengambil masa 1 setengah jam untuk sampai ke lundu.Dari lundu pula MIAKBAIT menaiki kereta sapu untuk ke kpg tanah hitam Sematan, perjalanan mengambil masa 40 minit untuk sampai.Sesiapa sahabat yang keinginan nak sampai ke sini untuk membantu dan bertugas hendaklah datang pagi atau sebelum pukul 4 petang  kerana bus terakhir untuk pergi ke lundu adalah pukul 4 petang.Kalau selepas waktu itu terpaksalah naik kereta sapu yang kos tambangnya...masahallah....mahal.



Perhentian bus batu 3 kuching distinasi pertama menuju ke Sematan

PENAMAAN CALON DUN N.03 TANJUNG DATU

 Penamaan calon N.03 Tanjung datu telah diadakan di pejabat dearah lundu semalam Rabu 6hb April.pertandingan tiga penjuru diantara calon pas puan hani sahari,Gilbert Asson kulong bebas dan Tan sri Adenan satem dari PBB BN.
Suasana penamaan calon tidak semeriah prk,tetapi ramai penyokong ketiga-tiga calon yang bertanding masih tetap hadir untuk memberi sokongan mereka.rupa-rupanya ramai dikalangan bangsa iban yang menjadi penyokong pas disini hingga mereka sanggup melaungkan ayat yang mengambarkan parti  pas boleh menang di hadapan penyokong BN.                                                      

calon pas puan nani sahari, ketua muslimat pas pusat ustazah Nuridah dan bersama kepimpinan muslimat pusat

Ayuh....rakyat sarawak kita ubah.....selamatkan sarawak dari pemerintah yang zalim dan merompak kekayaan negara.




Bersama calon bebas Gilbert Asson kulong




Pejabat daerah lundu tempat penamaan calon dun N.03 tanjung datu




Naib presiden dato ust tuan ibrahim bersama bendahari agong pas pusat dr hatta ramli


Ydp kota tinggi bersama dewan himpunan penyokong pas Iban