Thursday, 7 April 2011

PERJALANAN KE UPU KPG TANAH HITAM SEMATAN DUN N.03 TANJUNG DATU


Perhentian bus lundu

Markaz operasi Pilihanraya dun tanjung datu yang diseliakan oleh Pas Pahang teletak dihadapan perhentian bus lundu


Perjalanan menuju ke tempat bertugas di dun tanjung datu merupakan satu perjalanan yang jauh.walaupun MIAKBAIT berasal dari sarawak tetapi tidak pernah MIAKBAIT sampai di kampung tanah hitam sematan daerah lundu ini.MIAKBAIT  menaiki bus ke lundu untuk ke Sematan dan ia adalah satu-satunya kenderaan yang ada untuk ke sana.Perjalanan mengambil masa 1 setengah jam untuk sampai ke lundu.Dari lundu pula MIAKBAIT menaiki kereta sapu untuk ke kpg tanah hitam Sematan, perjalanan mengambil masa 40 minit untuk sampai.Sesiapa sahabat yang keinginan nak sampai ke sini untuk membantu dan bertugas hendaklah datang pagi atau sebelum pukul 4 petang  kerana bus terakhir untuk pergi ke lundu adalah pukul 4 petang.Kalau selepas waktu itu terpaksalah naik kereta sapu yang kos tambangnya...masahallah....mahal.



Perhentian bus batu 3 kuching distinasi pertama menuju ke Sematan

No comments:

Post a Comment