Saturday, 14 May 2011

TAZKIRAH DARI PRESIDEN-BILA PAS GABUNG DENGAN UMNO



Petikan dari Ruangan Tafsir Al-Qur'an Tok Guru Hj Hadi di dalam Harakah hari ini...

Bila Pemimpin Quraish berjumpa dengan Abu Talib meminta Abu Talib menyuruh anak saudara kesayangannya supaya berhenti menghina tuhan musyrikin Quraish maka jawab RasululLah...

Sekirannya mereka meletakkan matahari di tangan ku pun sekali-kali aku tidak akan berhenti menyampai risalah kebenaran ini. Mengucapkan kalimah "Tiada Tuhan yang berhak disembah melain Allah".

UMNO dan pencacai akan memberi bermacam alasan agar PAS berhenti menyatakan dakwah yang sebenarnya. Kalau PAS masuk UMNO maka kita buleh masuk TV1, TV2, TV3 dan Astro... Kalau PAS masuk UMNO maka PAS diberi jaga JAKIM, MUIS, JAIJ dan bermacam lagi Majlis agama seluruh negara... PAS diberi jaga Pusat Islam, PAS diberi jaga IKIM.... PAS diberi baca doa, baca tahlil, kuliah subuh, kuliah maghrib... dan yang hebatnya pimpinan PAS akan dibenarkan dilapor di dalam UTUSAN MALAYSIA....

CUMA PAS dan Pemimpinnya kena la

a. Menyanyi lagu 1Malaysia bersama

b. Merelakan APCO dan Amerika serta Yahudi menasihat Malaysia

c. Tidak boleh menegur malah merelakan Rosmah & Shahrizat berjambul dan berdandan.

d. Dari semua chanel di Astro, PAS cuma boleh ada suara di Oasis

e. Khutbah jumaat dan ceramah perlu hanya boleh berkisar
- Hari Pekerja
- Kualiti & Produktiviti
- Perpaduan Nasional
- Setiap hal mesti disertakan perkataan tranformasi

f. Biarkan MCA hina Islam dan terima Malaysia negara sekular

g. Biarlah UMNO nak belasah duit Petronas, Plus, TNB, Syabas dan GLC lain sebab nanti PAS pun buleh dapat 1/8 bahagian faraid...
Ambillah sebagai renungan dan berfikirlah kalau ia benar-benar akan berlaku.

No comments:

Post a Comment