Tuesday, 3 May 2011
SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah apabila ada masa untuk lakukan perkara yang tak baik, tetapi sebaliknya, kita tidak ada masa nak lakukan perkara yang baik.
Jika kita tidak pernah kecukupan duit, itu bermakna kita telah mendapat seksa Allah taala. Seksa Allah..ada pelbagai sebab..nilai lah dengan penuh muhasabah terhadap diri sendiri...
*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang, jadi, ibu-ibu jangan jatuhkan air mata dan anak-anak pula, jangan biarkan jatuhnya air mata ibu anda. Menangislah kerana anak berjaya dan bukan menangis dengan sebab angkara buruk anak-anak.
Kalau balik tengah malam, buka lampu dan tengok dan tatap muka ibu kita, sebab wajah orang yang sedang tidur akan menampakkan segalanya.
Ada 3 mata yang tak dijilat oleh api neraka:
1- Mata yang melihat Kaabah sehingga menitis air mata
2- Mata yang membaca al-Quran sehingga menitis air mata
3- Mata yang memandang wajah ibu yang sedang tidur/ jaga hingga berlinang air mata
3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, iaitu pandang ketika tidur:
1- Anak
2- Ibu
3- Suami
Jika kita ada perselisih faham dengan suami sehingga hendak bercerai, maka tengoklah wajah suami kita ketika tidur. Jika masih terbit perasaan kasih, sayang, cinta, rindu dan simpati, maka janganlah bercerai. Akan tetapi, jika tiada timbul perasaan tersebut, itu tanda jodoh memang tidak ada.
Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. Dia akan menangis dalam hati sahaja. Bagi sesiapa yang masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu..
DIpetik dari SHAMATUN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment