Tuesday 10 May 2011

MOSSAD DI BUKIT AMAN



KUALA LUMPUR : Setelah Harakan menyiarkan isu kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis sebelum ini, pada 6 April lalu di Parlimen Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar pula mendedahkan kewujudan perisik Israel tersebut.

Namun dalam pendedahan Anwar itu, beliau mengesahkan dakwaannya itu sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Membahaskan Belanjawan Tambahan bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat nwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel dan menambah ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Sambil menyifatkan kerajaan bermuka-muka dalam isu Israel, beliau menegaskan penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008, dan Anwar menambah dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Beliau mendakwa, Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel dan menambah, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.

Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM

"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Dato' Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama dan Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan. 
"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

Sebelum ini, Harakah pernah mendedahkan dakwaan serupa oleh ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin mengenai agen Israel dalam PDRM.

Badrul Hisham Shaharin dalam laporan yang disiarkan Harakah menggesa kerajaan memperjelaskan pendedahan kononnya terdapat dakwaan wujudnya agen Israel dalam sistem komunikasi Polis DiRaja Malaysia.

Dalam dakwaannya itu, Badrul Hisham men yebut keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd yang berpengkalan di Singapura dan nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta, dakwanya.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu dimana dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel, dedahnya.

"Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?," katanya

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel, dedahnya.

Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987, katanya.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252, katanya.

Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen, katanya.

"Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel," katanya.

No comments:

Post a Comment