Wednesday, 11 May 2011

ANAK TAIB MAHMUD CERAI ISTERI TALAK SATU

Setelah tersiarnya penceraian anak lelaki taib mahmud ini kita terperanjat dengan tuntutan  bekas isterinya iaitu Rm400 juta satu angka yang sangat tinggi mungkin  yang paling tinggi dan tidak pernah dituntut mana-mana individual sebelum ini.kita tertanya-tanya berapakah asset anak taib ini?


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menceraikan isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Mahmud Abu Bekir membuat lafaz itu di hadapan Hakim Mohamad Abdullah, yang membenarkannya selepas berpuas hati bahawa tidak boleh menyelamatkan perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah membenarkan lafaz itu selepas berpuas hati bahawa perkahwinan pasangan itu menyaksikan perpecahan dan tidak dapat dipulihkan.
“Mahkamah mensabitkan gugur lafaz talak kali pertama berjumlah satu dan memerintahkan Shahnaz untuk beredah tiga kali suci,” kata Mohamad.
Katanya, mahkamah turut berpuas hati bahawa pada ketika ini Shahnaz selaku defendan dalam keadaan suci selain tidak melakukan sebarang hubungan sebagai suami isteri dan tidak hamil.
Mahmud Abu Bekir, seorang ahli perniagaan yang diwakili peguam Saadiah Din, memfailkan permohonan penceraian pada 14 Februari lepas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam selepas dikatakan berlaku ketidaksefahaman antara pasangan itu.
“Saya, Mahmud Abu Bekir Taib menceraikan isteri saya, Shahnaz Abdul Majid dengan talak satu,” katanya dan kemudian dilihat menandatangani borang yang berkaitan.
Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa suaminya itu gagal menjalankan tugas sebagai suami dan tidak memberikan nafkah batin sejak 2001.
Dalam prosiding sama, mahkamah membenarkan hak penjagaan anak tunggal pasangan itu, Raden Murya Abdul Taib Mahmud, 18, diletakkan dalam jagaan ibunya selain membenarkan Mahmud Abu Bekir melawat dan bermalam dengan anak lelakinya itu pada bila-bila masa yang sesuai.
Mahkamah juga menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan bagi kes tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu.
Plaintif menyatakan jumlah tuntutan tersebut adalah munasabah kerana mereka telah berkahwin lebih 19 tahun dan menyatakan defendan mempunyai pendapatan serta harta mencecah berbilion ringgit.
Plaintif juga memohon aset milik defendan seperti tujuh buah kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 syarikat diisytiharkan sebagai harta sepencarian.
Beliau turut menuntut sebanyak 50 peratus ke atas semua harta-harta itu, selain lain-lain perintah atau relif atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
 Malaysian insider

No comments:

Post a Comment