Thursday, 21 April 2011

MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM

Pemerintahan Islam itu adalah berbentuk ‘khilafah’ atau ‘imarah mukminin’ ataupun disebut juga sebagai ‘imamatul uzma’. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada Syariah Islamiah sama ada dari aspek perlembagaan, undang-undang, ekonomi atau lain-lain, sebagaimana yang ditakrifkan oleh oleh Al-Mawardi (ahli undang-undang), Abu Ya’la (ahli undang-undang), Ibn Khaldun (ahli sosiologi), Imam Harmain Al- Juwaini (ulama ilmu kalam), Imam Al-Ghazali (ulama tasawuf ), Ibn Hazm Andalusi (ulama fiqh) dan lain-lain iaitu:


خِلاَفَةً عَنِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّيْنِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا بِهِ


Maksudnya: “Menggalang ganti dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya.”

Pengertian ini dirumus berdasarkan kata-kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w:


إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ فَلاَ بُدَّ لِهَذَا الدِّيْنِ مِمَّنْ يَقُوْمُ بِهِ


Maksudnya:“Sesungguhnya Muhammad telah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang menguruskannya.”

Ucapan ini terus mendapat persetujuan dan sokongan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Sakifah Bani Saadah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Sayyidina Abu Bakar r.a) sebagai khalifah ynag menggantikan Rasulullah s.a.w.

HUKUM MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM

Terdapat ramai ulama yang membicarakan tentang pemerintahan Islam, ini menunjukkan bahawa perkara ini perlu diambil berat dan dibincangkan dengan serius. Antaranya ialah mereka yang disebutkan sebelum ini iaitu Al-Mawardi (ahli undang-undang), Abu Ya’la (ahli undang-undang), Ibn Khaldun (ahli sosiologi), Imam Harmain Al- Juwaini (ulama ilmu kalam), Imam Al-Ghazali (ulama tasawuf ), Ibn Hazm Andalusi (ulama fiqh) dan ramai lagi yang membicarakan tentang tajuk ini dalam penulisan mereka. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata Al-Faqeh Al-Makruf Ibn Hazm Andalusi:

“Para ulama daripada ahli sunnah wal jamaah, Al-Murji’ah, Al-Syiah dan Al-Khawarij bersatu pendapat dalam menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada imam yang adil yang menegakkan hukum-hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah dengan syariat Allah sebagaimana yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.”

Namun begitu terdapat satu puak daripada Kahwarij yang digelar An-Najdat yang mengatakan bahawa tidak wajib menegakkan kerajaan yang seumpama itu. Walaubagaimanapun golongan mereka sudah tidak wujud lagi sekarang ini. Pendapat golongan ini ditolak oleh ijmak ulama yang telah disebutkan sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam ‘Al-Fasl fil malal wal Ahwa’ wal Nahl.

WAJIBNYA MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM ITU BERDASARKAN SYARA’ DAN BERDASARKAN KEPADA AKAL.

Kita telah menegaskan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syarak atau berdasarkan akal atau kedua-duanya sekali?

Al-Mawardi, Abu Ya’la, Ibn Hazm dan Ibn Khaldun menyatakan bahawa syarak dan akal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam berdasarkan dalil-dalil Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan akal (logik). Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan kepimpinan Islam di kalangan kami.." 

Ayat ini bermaksud difardhukan kita mentaati Allah, Rasul dan ulul amri yang memerintah kita.

Rasulullah s.a.w antara lainnya ada bersabda:

سَيَلِيْكُمْ بَعْدِيْ وُلاَّةٌ فَيَلِيْكُمُ الْبِرُّ بِبِرِّهِ وَالْفَاجِرُ بِفُجُوْرِهِ فَاسْمَعُوْا لَهُمْ وَأَطِيْعُوْا فِيْمَا وَافَقَ الْحَقُّ وَصِلُوْا وَرَاءَهُمْ فَإِنْ أَحْسَنُوْا فَلَكُمْ وَلَهُمْ وَإِنْ أَسَاءُوْا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ

Maksudnya: “Selepas aku kamu akan dipimpin oleh banyak pimpinan, maka yang baik memimpin kamu dengan kebaikan dan yang zalim pula memimpin kamu dengan kezaliman, maka dengar dan taatilah kamu dalam perkara yang menepati kebenaran, maka jika mereka berbuat baik maka kebaikan itu untuk mereka dan jika mereka berbuat jahat maka kejahatan itu terkena ke atas diri mereka sedang kamu terus mendapat kebaikan.” (Riwayat ad-Daarul Qutni)

Selain dari Al-Quran dan Sunnah, para sahabat dan tabiin telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (pemerintahan Islam). Para ulama yang disebutkan sebelum ini pula telah memutuskan secara ijmak tentang wajibnya, sementara dari segi logik, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas nama bai’ah ammah atau syahadah, setiap umat Islam yang akil baligh diwajibkan menyertainya. Atas nama bai’ah ianya wajib berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w:

...وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِى عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: “Sesiapa yang mati yang tidak pernah melakukan bai’ah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyah.” (Riwayat Muslim)
Antara lafaz bai’ah itu ialah:

أُبَايِعُكَ عَلَى أَنْ تُقِيْمَ فِيْنَا كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya: “Aku memberikan bai’ahku kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan ke atas kami kitab Allah dan Sunnah Rasul s.a.w.”

Adapun atas nama syahadah ianya wajib kerana antara lainnya bersandarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu.”

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tegakkan syahadah semata-mata kerana Allah.”

Diawasi oleh pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِى سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ 

Maksudnya: “Jika tiga orang berada di dalam pelayaran, maka hendaklah mereka melantik seorang ketua.” (Riwayat Abu Daud)

Hadith ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan pelantikan ketua dalam perlantikan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar seperti yang wujud pada hari ini.

dipetik ; www.shamatun.blogspot.com

No comments:

Post a Comment