Friday, 8 April 2011

Luahan Hati Petugas PAS Johor...

Sumber <di sini>

" Assalamualaikum Sheikh, mcm mana keadaan Sarawak sekarang?, PAS boleh menang ka?" - antara sms yang aku terima lewat pemergianku ke Sarawak bagi membantu jentera PRN. Sebenarnya aku serba salah untuk menjawab soalan-soalan begini. Soalnya hatiku berbelah bagi antara berterus terang ataupun mengambil sikap lebih sederhana. Dan sms ini bukanlah satu-satunya sms yang berbentuk begini. Terdapat lapan lagi sms dengan ayat berbeza namun membawa maksud yang sama. Apa khabar orang Sarawak!!!
Pas bertanding di 5 Dun, semua telah maklum perihal itu. Maka, Johor diamanahkan untuk membantu Jentera PRN N03 Tg Datu walaupun keputusan awalnya bukan begitu. Tidak mengapalah, thiqah pada pimpinan yang membuat perubahan saat akhir walaupun perubahan kecil itu seterusnya memberi impak dan perkaitan yang jujur bersama sardin. Kami seramai 9 orang petugas muslimin dan 6 orang muslimat bagaimanapun selamat sampai ke destinasi tempat bertugas dan kami bekerjasama dengan dekat bersama Pahang dan Melaka.

Perjalanannya begini, Senai-Sibu-Kuching-Sematan-Tg Datu. Senai-Sibu (kesilapan pertukaran tempat bertugas-1 jam30 minit) - Kapal Terbang, Sibu-Kuching (kapal terbang-45 minit), Kuching-Sematan (Sewa 3 buah Kereta-3 jam), Sematan-Tg Datu (Bot-2 jam). Keseluruhannya menggunakan pengangkutan udara, darat dan air. Cuba kalian tafsirkan berapakah kos perjalanan ini untuk 15 orang?. Untuk ini sahaja, sudah habis hampir RM 10k!! Belum dicampur kos penginapan, makan minum, bahan kempen yang ditanggung sepenuhnya oleh negeri bantu. Maka, wajarkah kami dikatakan berbelanja secara tidak berhemah? Maka, ketika kami bersyura, bajet untuk makan selama 14 hari kami potong lebih separuh. Al Hasil, sardin adalah menu utama bersama ikan kering dan kicap. Sekian untuk makluman...







Nota kaki : Artikel ini ditulis adalah semata-mata untuk memberi gambaran sebenar bagaimana keadaan perbelanjaan dan kos musnah petugas PAS di Sarawak.  Aku sedikit terkesan kerana penerimaan masyarakat di tg datu ini sangat baik namun kerana kekangan kewangan tidak banyak program dapat kami lakukan. Terbaru ditangan ketua kontinjen, cuma tinggal kurang lebih RM 900 untuk menghadapi 9 hari lagi tempoh kempen dan pilihan raya. Mana mungkin cukup! Jadi, aku menyeru kepada pejuang-pejuang Islam yang ingin mengetahui perkembangan Sarawak agar dapatlah kiranya sudi menyumbangkan sedikit infa' buat petugas yang sudah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit di sini. Hubungi JPN masing-masing dengan segera. Moga msg diatas dapat kami balas dengan nada yang lebih ceria dan optimis. Doakan

Ikhlas,
Berg@TKO,
012-4697886 (Tadi kami makan udang segar - bukan beli tapi muslimat dapatkan dari nelayan yang baru pulang dari laut - jangan psyco dengan sardin. Tq

No comments:

Post a Comment