Monday 18 April 2011

KEMPEN DI RUMAH PANJANG SIRUK DAYAK DUN TANJUNG DATU BERSAMA PETUGAS PERUBATAN DAN PAS JOHOR

Bergambar beramai-ramai bersama  penduduk rumah panjang setelah selesai program.












Ucapan perasmian oleh calon dun tanjung datu puan nani sahari

sepak mula pertandingan








ucapan penutup daripada yb salahuddin ayub

Penyampaian hadiah oleh dato mahfuz mohd

kami telah mengadakan pertandingan futsal dan khidmat kesihatan percuma di rumah panjang siruk dayak di sematan dun tanjung datu untuk kempen PRN pada 12hb april.Upcara perasmian dilakukan oleh Calon sendiri Puan Nani Sahari dan majlis penutup oleh yb salahuddin ayub naib presiden pas yang juga ahli parlimen kubang kerian.penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pesuruhjaya pas Johor datu mahfoz mohd.
Sambutan amat mengalakkan daripada Pasukan dari rumah panjang yang berdekatan.Penyertaan 8 pasukan mengambil bahagian.Rawatan kesihatan percuma juga mendapat sambutan sehingga penduduk setempat membawa saudara yang tinggal di lain-lain tempat datang untuk mendapatkan rawatan percuma ini. apa yang menarik ialah sambutan yang luar biasa daripada penduduk setempat.ucapan YB salahuddin juga mendapat tempukan oleh sebilangan penduduk rumah panjang apabila beliau berkata bahawa sekiranya PR dapat memerintah sarawak,PR akan menubuhkan Suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan  isu tanah NCR setelah BN gagal menyelesaikannya selama 48 tahun  memerintah.
Insiden kecil juga belaku semasa program dijalankan dimana penyokong kuat BN datang untuk bertanyakan samada program ini mendapat kebenaran dari siapa hinggakan meminta kami supaya berpindah.masalah ini telah diselesaikan oleh tuai rumah yang memberi kami kebenaran.

1 comment: